PR719: KADBAM

SYAFAWANI BINTI MOHD HASHIM SK PEKAN SEMPORNA II

ICTE26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

KADBAM (Kad Bahasa Arab dan Melayu) merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah. Inovasi ini menggabungkan gambar, perkataan Bahasa Arab dan padanan Bahasa Melayu melalui aktiviti pembelajaran serta permainan yang interaktif. Pelaksanaan KADBAM menggunakan Model Kemmis dan McTaggart yang melibatkan empat proses, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Intervensi dilaksanakan selama tiga minggu melibatkan 23 orang murid Tahun 3 Dinamik. Dapatan menunjukkan peningkatan penguasaan kosa kata, minat, keyakinan dan penglibatan murid. KADBAM juga berpotensi digunakan semula, dikembangkan secara digital dan dikomersialkan sebagai produk pendidikan yang praktikal dan berkesan.