Nurqairy Saffia Binti Ahmad Fikry SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI
Salah satu punca kesesakan lalu lintas terjadi disebabkan oleh lampu isyarat rosak dengan tiba-tiba dan menyebabkan barisan kenderaan yang menunggu semakin lama,menjadi semakin panjang dan tiada orang mengetahui bahawa lampu isyarat itu rosak. Hal ini juga,akan merencatkan aktiviti harian seperti lambat ke tempat kerja,lambat ke sekolah dan hal yang tidak diingini juga boleh berlaku seperti kemalangan yang boleh membawa maut.Kebiasaannya,menurut prosedur kebiasaannya apabila lampu isyarat rosak,seseorang pengguna jalan raya yang prihatin akan melaporkan kepada pihak berwajib tentang kerosakan tersebut. Ini akan mengambil tempoh masa yang panjang untuk mengetahui tentang kerosakan lampu isyarat tersebut sehingga ia diambil tindakan dengan segera untuk dibaiki.Ini mencetuskan idea kepada kumpulan kami "DYGEN"untuk menginovasikan satu produk bernama'THE SWIFT TRAFFICWATCH' yang akan memberitahu masa sebenar dengan pantas(real time) kepada pihak berwajib seperti 'JKR' untuk segera mengambil tindakan awal sekiranya berlaku kerosakan lampu isyarat.Produk ini menggunakan mikro:bit dan menpunyai pengesan yang akan mengesan lampu isyarat itu jika berlakunya kerosakan. Produk ini juga akan menyalakan lampu dan mengeluarkan bunyi pada waktu yang ditetapkan (timer). Laporan tentang kerosakan lanpu isyarat yang ingin disampaikan akan mengambil masa yang lebih cepat.Oleh itu, produk ini sangatlah berguna kepada pengguna jalan raya dan pihak berwajib untuk menqetahui bahawa lampu isyarat telah rosak agar mengambil tindakan dengan segera.Dengan ini produk kami mempunyai potensi komersial yang tinggi untuk digunakan pada lampu isyarat jalan raya agar mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kata Kunci:Lampu Isyarat,kerosakan,kesesakan lalu lintas,kemalangan,pantas