MUHAMMAD ATIF RIZQ BIN MUHAMAD HAFIZ SK Bandar
Smart Greenhouse ialah sistem rumah hijau pintar berasaskan Arduino UNO yang melindungi tanaman secara automatik menggunakan sensor hujan, sensor cahaya (LDR), servo motor dan LCD. Bumbung akan ditutup ketika hujan dan waktu malam, serta dibuka semasa cuaca cerah untuk pengudaraan yang optimum. Sistem ini turut dilengkapi robot orang-orang pintar yang mengesan kehadiran haiwan perosak menggunakan sensor. Apabila haiwan dikesan, servo motor menggerakkan tangan robot dan sensor bunyi mengaktifkan bunyi amaran untuk menakutkan haiwan tanpa mencederakannya. Inovasi ini mengurangkan pemantauan manual, melindungi tanaman, menjimatkan masa petani dan menyokong pertanian pintar yang lestari.