PN669: RBTVERSE 2.0

NUR AMALIA QISTINA BINTI SUBRI SABK MAAHAD AL-YAHYAWIAH

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.5000 | 2 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

RBTverse 2.0 merupakan platform pembelajaran digital interaktif yang dibangunkan menggunakan Canva Website bagi menangani kekangan masa PdP Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), bahan pembelajaran yang berselerak serta perbezaan tahap pemahaman murid. Platform ini menghimpunkan bahan pembelajaran RBT Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dalam satu portal yang merangkumi e-buku teks, nota interaktif dan EduGames. Pembangunannya mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, Gemini dan NotebookLM bagi menyokong penghasilan kandungan nota interaktif, manakala Wordwall digunakan untuk menghasilkan aktiviti latihan pengukuhan berbentuk gamifikasi. RBTverse 2.0 direka mesra pelbagai peranti seperti komputer, tablet dan smartphone. Platform ini telah diaplikasikan di dalam kelas sebagai bahan sokongan PdP. Inovasi ini membantu mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif, menyokong pembelajaran kendiri dan memberikan akses yang fleksibel kepada murid. Pada masa yang sama, platform ini membantu guru mengurus bahan pembelajaran secara lebih sistematik serta menyokong pemantauan pembelajaran murid.

Kata kunci: RBTverse 2.0, RBT, pembelajaran digital, kecerdasan buatan, gamifikasi