PN730: JEU : LA MAISON

USHER VALENTINE UNUS SMK PINAWANTAI

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi "Jeu: La Maison" merupakan permainan pendidikan interaktif berasaskan tiga tahap kesukaran (Mudah, Sedang, dan Susah) yang dibangunkan untuk membantu murid menguasai kosa kata tentang rumah, ayat, dan tatabahasa Bahasa Perancis. Masalah utama yang ditangani ialah kekurangan bahan interaktif serta kesukaran murid menguasai bahasa akibat kaedah pembelajaran tradisional yang kurang menarik. Inovasi ini menampilkan format soalan pelbagai jenis—seperti pilihan jawapan (A, B, C), drag the answer, dan penulisan ayat—dilengkapi sistem markah, masa, serta ganjaran. Hasilnya, inovasi ini berjaya meningkatkan minat, motivasi, dan kefahaman murid mengikut tahap kemampuan kendiri melalui platform pembelajaran digital yang menyeronokkan.

Kata Kunci: Bahasa Perancis, Gamifikasi, Pembelajaran Berperingkat, Tatabahasa.