NV739: Smart BAKIHA

MUHAMMAD FARIS IZZ ZAFRI BIN ADANAN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG BINUANG

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Penekanan STEM dalam menekankan pengukuhan kualiti pendidikan mampu membantu melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif selaras hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Rancangan Pendidikan Malaysia. Kebiasaannya, dalam kemahiran membaca dan menghafaz surah, murid hanya menggunakan kaedah talaqqi dan takrir dalam menghafaz surah yang menyebabkan kesukaran murid mengingat dan suasana yang kurang menyeronokkan terutamanya murid sekolah rendah. Disebabkan masalah inilah, terhasilnya Smart BAKIHA (Baca, Kira, Hafaz). Smart BAKIHA ternyata dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca, mengira, menaakul dan menghafaz surah dengan betul dan tersusun. Menghafaz menggunakan Smart BAKIHA dapat mewujudkan PdPc yang berkesan dan suanana yang memberi keseronokan kepada murid dengan menerapkan kemahiran asas matematik, menggunakan kekreatifan dan kemahiran psikomotor. Proses menghasilkan Smart BAKIHA melibatkan proses menyedia, membina dan menggunakannya dalam pembelajaran. Smart BAKIHA telah dibina dan digunakan oleh dua kumpulan murid Tahap 2 dan diaplikasikan juga oleh murid Tahap 1. Istimewanya Smart BAKIHA yang dihasilkan ini ternyata membantu murid meningkatkan penguasaan dalam menghafaz dan menyusun surah untuk semua tahap murid dalam DSKP Pendidikan Islam. Pengaplikasian Smart BAKIHA bukan sahaja mampu menghasilkan bahan yang menepati standard pembelajaran, malah aspek kualiti, kos yang sangat rendah, mudah didapati dan tentunya bahan kitar semula serta penggunaan masa yang optimum dapat diintegrasikan. Cadangan penambahbaikan perlu bagi membolehkan Smart BAKIHA terus relevan dan fleksibel penggunaannya dari semasa ke semasa melalui pengubahsuaian reka bentuk seiring dengan kemajuan teknologi pada abad ini agar boleh diaplikasikan dalam semua bidang Pendidikan Islam dan mata pelajaran lain.

Kata kunci : menghafaz, mengira, Smart BAKIHA, inovasi, PdPc berkesan

Type Your Abstract Here!