PN581: JIG PENGASAH MATA ALAT

DANISH ZIKRY BIN ZAIDI KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI

 
Projek Jig Pengasah Mata Alat dibangunkan bagi meningkatkan kestabilan, ketepatan, keselamatan dan kecekapan dalam proses mengisar mata alat. Pemantauan daya semasa pengisaran penting untuk menilai keadaan alat, memastikan hasil pengisaran konsisten serta mengurangkan kesilapan, kehausan dan kerosakan awal. Pemegang alat ini direka bentuk untuk memastikan alat kekal pada kedudukan yang betul, menahan beban dan tekanan semasa operasi serta beroperasi dengan stabil. Reka bentuk yang ringkas, fleksibel, mudah digunakan dan menjimatkan kos membolehkan penukaran alat dilakukan dengan lebih mudah. Projek ini juga membantu pelajar memahami proses pengisaran dengan betul serta menghasilkan peralatan bengkel yang memenuhi keperluan industri pemesinan masa kini secara berkesan.