NV651: TONG SAMPAH PINTAR INTELLIBIN

ABDULLAH AZZUBAIR AL BARA' BIN MOHD FAIRUL NAFAZLI SRII Al Hikmah Puncak Alam

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek IntelliBin merupakan sistem tong sampah pintar yang dibangunkan untuk membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal secara automatik dan mesra alam. Sistem ini menggunakan sensor cahaya bagi mengesan tahap kepenuhan tong sampah. Apabila sampah menghalang cahaya pada sensor, buzzer dan LED akan diaktifkan sebagai amaran bahawa tong perlu dikosongkan. IntelliBin direka menggunakan sensor LDR dan sumber kuasa mudah alih dengan kos penghasilan yang rendah. Projek ini sesuai digunakan di sekolah, rumah, pejabat dan kawasan awam. Selain menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), IntelliBin juga berpotensi dikomersialkan sebagai produk teknologi hijau pintar masa hadapan.