MUHAMMAD AIMAN FAHMI BIN MOHD NAZRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU SULTAN MIZAN
Sikap dan penglibatan murid Tahun 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah
menunjukkan bahawa mereka kurang berminat terhadap topik Hijrah Membawa Rahmah. Hal ini
kerana penyampaian isi kandungan sirah yang berbentuk penceritaan dan fakta menyebabkan
murid sukar membayangkan kronologi peristiwa, kurang memberi tumpuan serta mengalami
kesukaran mengingat isi pembelajaran. Oleh itu, kajian inovasi ini dijalankan bagi mengatasi
masalah tersebut dengan membangunkan sebuah komik digital yang mengisahkan peristiwa
Hijrah Nabi Muhammad SAW berdasarkan kandungan dalam Buku Teks Pendidikan Islam
Tahun 4. Bagi menjadikan pembelajaran lebih interaktif, komik tersebut turut dianimasikan
dalam bentuk buku digital. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan
(Design and Development Research) dengan melibatkan analisis keperluan, pembangunan
produk dan penilaian awal. Dapatan kajian dijangka menunjukkan impak penggunaan komik dan
seperti meningkatkan minat, penglibatan serta kefahaman murid terhadap topik Hijrah Membawa
Rahmah. Oleh itu, inovasi ini dicadangkan untuk diperluaskan penggunaannya dalam pengajaran
bidang Sirah dan topik-topik lain dalam Pendidikan Islam bagi mewujudkan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan, interaktif dan bermakna.