PR526: ARP-AI REPORT PRO: INTELLIGENT AUTOMATION INTEGRATION FOR ACCELERATED ACTION RESEARCH REPORTING

ZULKIFILI BIN SALEH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR

ICTE26 | Professional

CR: 0.1111 | 1 Likes | 9 Views | 1 times | LS: 2.1
Like it? | Support them now!

Kajian tindakan merupakan pendekatan penting bagi meningkatkan pembangunan profesionalisme dan amalan pengajaran guru. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya sering terhad disebabkan kekangan masa dan beban tugas. Meneruskan kejayaan inovasi ARP + AI Generator: Connecting Teachers Reflective for Improving Teaching Practices yang membantu penyediaan cadangan (proposal) kajian, inovasi susulan ARP-AI REPORT PRO dibangunkan bagi memudah cara fasa pelaporan lengkap kajian tindakan secara pantas dan sistematis. Inovasi ini mengintegrasikan pemikiran reflektif mendalam menerusi Google Forms, pemprosesan automasi Google Apps Script (GAS), serta keupayaan kecerdasan buatan (AI) Gemini. Melalui kaedah ini, guru melengkapkan borang refleksi terstruktur yang mengandungi maklum balas pelaksanaan intervensi dan analisis dapatan kajian. Data tersebut kemudiannya digabungkan secara automatik bersama cadangan kajian daripada inovasi pertama menggunakan skrip kustom GAS. Seterusnya, arahan (prompt) berstruktur khusus dimasukkan ke dalam model Gemini untuk menjana laporan akhir kajian tindakan secara komprehensif. Pelaksanaan inovasi ini terbukti berkesan mengurangkan masa penyediaan laporan daripada beberapa minggu kepada beberapa minit sahaja, di samping kekal mengekalkan mutu refleksi kualitatif, ketepatan analisis, dan piawaian akademik. Hasil kajian menunjukkan bahawa ARP-AI REPORT PRO berjaya meningkatkan kecekapan guru dalam menyempurnakan keseluruhan kitaran kajian tindakan secara berterusan. Secara keseluruhannya, inovasi ini berpotensi besar memperkukuh budaya penyelidikan profesional yang lebih berimpak, mudah diakses, dan lestari dalam kalangan pendidik demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Kajian Tindakan, Kecerdasan Buatan (AI), Google Apps Script, Pemikiran Reflektif, Laporan Pantas.