NUR SYARAFANA ERYNA BINTI MUHAMAD FHATHI SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan konsep tambah wang melalui pendekatan digital, interaktif dan gamifikasi. Platform ini menggabungkan nota visual, simulasi, permainan, kuiz, Tutor AI, rekod prestasi serta analisis pembelajaran bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Inovasi ini membantu murid memahami dan mengaplikasikan konsep tambah wang, meningkatkan kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, motivasi dan keyakinan diri. Pada masa yang sama, guru dapat memantau kemajuan murid dengan lebih mudah. Produk ini fleksibel, boleh dikembangkan kepada topik Matematik lain dan berpotensi dikomersialkan sebagai bahan pendidikan digital.