PM DR. MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kekangan akses pendidikan terhadap murid-murid lemah literasi bacaan dalam mendapatkan bahan bantu mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi, terutamanya bahan bantu mengajar subjek teras Bahasa Melayu. Aspek golongan kata merupakan salah satu aspek daripada kemahiran bahasa yang perlu diajar dan ditaksir oleh guru kepada murid di sekolah rendah. Pembangunan model integrasi imej, kata, bunyi (IKaBu) berbantukan realiti terimbuh (Augmented Reality) memberi alternatif baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dan murid terutamanya bagi murid tahap satu yang lemah dalam menguasai aspek golongan kata Bahasa Melayu seperti kata nama khas dan kata nama am. Pembangunan model IKaBu adalah berdasarkan kepada model ADDIE. Bahan alternatif bagi tujuan meningkatkan penguasaan literasi Bahasa Melayu menunjukkan bahawa wujud matlamat untuk mencapai zero/sifar murid yang tidak menguasai literasi bacaan dan sekaligus dapat membantu guru dalam memvariasikan bahan bantu mengajar.