PN569: SMART DROP BOX [ PENCEGAHAN BULI TANPA TELEFON BIMBIT]

Muhammad Adam Shazwan SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL AMIN GOMBAK

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Type Your Abstract Here!Abstrak

 

Kes buli dalam kalangan murid semakin membimbangkan dan sering sukar dilaporkan kerana mangsa buli takut dikenali atau diketahui. Selain itu pelajar juga tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah membuatkan pelajar tidak dapat menghubungi guru jika ingin melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. Oleh itu, projek “Smart Drop Box: Inovasi Pencegahan Buli Tanpa Telefon Bimbit” dibangunkan sebagai satu sistem aduan pintar berasaskan Internet of Things (IoT) yang membolehkan murid membuat laporan secara anonim dan selamat. Sistem ini menggunakan kotak aduan fizikal yang dilengkapi dengan sensor inframerah (IR), NodeMCU ESP8266, lampu LED indikator serta sambungan WiFi.

 

“Smart Drop Box” ini akan bertindak apabila murid memasukkan laporan ke dalam peti aduan, sensor IR dan akan mengesan kehadiran kertas terus menghantar isyarat kepada NodeMCU untuk memproses data. Seterusnya, notifikasi automatik dihantar melalui platform IFTTT ke emel guru menggunakan Gmail serta notifikasi akan terus ke telefon guru. Lampu LED turut menyala sebagai penunjuk bahawa laporan telah berjaya diterima. Sistem ini menggunakan bekalan kuasa 5V dan diprogramkan menggunakan Arduino IDE.

 

Projek ini bertujuan meningkatkan keselamatan murid, memudahkan proses pelaporan buli, serta mempercepat tindakan pihak sekolah tanpa memerlukan penggunaan telefon bimbit dan pihak yang memberi maklumat tidak diketahui. Selain itu, inovasi ini mampu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, responsif dan kondusif. 

 

Projek ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh United Nations melalui SDG 3: Good Health and Well-being, SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure, dan SDG 12: Responsible Consumption and Production, dengan mempromosikan penggunaan teknologi pintar yang selamat, inovatif dan mesra pengguna dalam menangani isu buli di sekolah. Projek ini turut menggalakkan kesejahteraan mental murid, meningkatkan kecekapan sistem pelaporan, serta menggunakan komponen elektronik berkuasa rendah dan kos efektif bagi menyokong pembangunan yang mampan.

 

Hasil pembangunan menunjukkan bahawa sistem ini berfungsi dengan baik dalam mengesan laporan dan menghantar notifikasi secara masa nyata dengan kos yang rendah serta mudah digunakan.

 

Kata Kunci:

Buli sekolah, Internet of Things (IoT), NodeMCU ESP8266, sensor inframerah (IR), sistem aduan pintar, IFTTT, notifikasi emel, Arduino IDE, keselamatan murid, inovasi STEM.