ST597: LIFELOOP

CHONG SHAN WEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

Inovasi LIFELOOP merupakan sistem pembelajaran hibrid yang memadukan gamifikasi digital melalui pengimbasan kod QR dengan kit manipulatif fizikal berasaskan kad visual dan cabaran situasi sebenar. Inovasi ini dibangunkan untuk mengatasi kesukaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mengurus rutin harian—seperti rutin pagi dan langkah mencuci tangan—secara berdikari akibat kelemahan urutan kemahiran serta ketidakberkesanan arahan lisan semata-mata.Hasilnya, LIFELOOP berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran kendiri, penglibatan aktif, dan keyakinan murid, di samping mengurangkan kebergantungan kepada guru. Pembelajaran berpusatkan murid ini amat praktikal, kos efektif, lestari, dan fleksibel untuk diadaptasi di kelas Pendidikan Khas, prasekolah, serta sekolah rendah.