ST869: I - Teach

Muhammad Helmi Bin Rosdi IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ABSTRAK

Perkembangan teknologi digital dalam pendidikan telah mendorong guru untuk mengaplikasikan pendekatan

pengajaran yang lebih kreatif, interaktif dan berpusatkan murid bagi meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sehubungan dengan itu, Teknik I-Teach dibangunkan sebagai satu

pendekatan pedagogi berasaskan Google Sites bagi membantu guru dan murid dalam pembelajaran Sejarah

Tahun 4, khususnya Bab 5 iaitu, Zaman Air Batu. Melalui pendekatan ini, sebuah produk inovasi yang dikenali

sebagai Ice Explorer telah dihasilkan sebagai platform pembelajaran digital yang menghimpunkan pelbagai

bahan PdP dalam satu laman yang sistematik, mudah diakses dan mesra pengguna. Platform ini

mengintegrasikan nota interaktif berbentuk komik, video pembelajaran, kuiz, permainan digital berasaskan

gamifikasi, pentaksiran formatif serta Sudut Guru yang menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Harian (RPH), buku teks digital dan jurnal sebagai bahan

sokongan. Selain itu, permainan digital yang dibangunkan mengandungi elemen peringkat, system nyawa dan

sijil digital bagi meningkatkan motivasi serta penglibatan murid dalam pembelajaran. Inovasi ini turut

mengintegrasikan Elemen Merentas Kurikulum (EMK), iaitu Bahasa Inggeris, Sains, Geografi dan Pendidikan

Seni Visual bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih holistik. Sasaran utama inovasi ini ialah

guru dan murid sekolah rendah. Secara keseluruhannya, Teknik i-Teach melalui produk Ice Explorer

berpotensi meningkatkan kefahaman, minat dan motivasi murid terhadap mata pelajaran Sejarah di samping

membantu guru melaksanakan PdP yang lebih sistematik, interaktif dan selaras dengan aspirasi Pendidikan

Digital.

Kata Kunci: Teknik I-Teach, Zaman Air Batu, Ice Explorer