NV685: SKePa Rangers: Eco Power To The Rescue!

NUR DHIYA QHAISARA BINTI NORSHAHRIZAT SK PAUH

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.1111 | 1 Likes | 9 Views | 1 times | LS: 2.1
Like it? | Support them now!

Pengurusan sisa pepejal yang kurang berkesan serta kurangnya pendedahan murid tentang pengasingan sampah menjadi cabaran dalam membentuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar. Kaedah penyampaian secara konvensional juga kurang menarik minat murid untuk memahami kepentingan kitar semula dan amalan menjaga alam sekitar. Bagi menangani masalah tersebut, projek SKePa Rangers: Eco Power to the Rescue! dibangunkan sebagai aplikasi Android berasaskan pendekatan game-based learning. Aplikasi ini menggabungkan nota interaktif, video kesedaran, permainan dan kuiz bagi membantu murid memahami kaedah pengasingan sisa mengikut warna tong serta kepentingan menjaga alam sekitar secara lebih menyeronokkan dan interaktif. Pelaksanaan projek dimulakan dengan mengenal pasti keperluan pembelajaran murid, diikuti proses mereka bentuk antaramuka, membangunkan kandungan dan permainan serta menjalankan ujian penggunaan. Aplikasi dibangunkan menggunakan MIT App Inventor dan Google Sites di mana murid berpeluang meneroka nota, menonton video, menjawab kuiz serta menyelesaikan permainan berkaitan kitar semula. Hasil pelaksanaan menunjukkan impak yang positif apabila 95% murid yang mencuba aplikasi menyatakan bahawa mereka lebih memahami kaedah kitar semula dan lebih bersemangat untuk menjaga alam sekitar. Elemen permainan turut meningkatkan keseronokan, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran. Pada masa ini, aplikasi telah berjaya dibangunkan dan digunakan oleh murid serta berpotensi dikembangkan melalui versi Bahasa Inggeris, penambahan permainan yang lebih mencabar dan modul Jejak Eco-friendly bagi merekod aktiviti kitar semula di rumah dan sekolah. Projek ini juga berpotensi diperluas kepada komuniti sekolah bagi menggalakkan amalan pengasingan sisa secara konsisten dan membudayakan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian murid.