ST448: SCALE HEIGHT MEASUREMENT ALTITUDUINO

NUR AIN HUMAIRA BINTI FAUZI IPG KAMPUS KOTA BHARU

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.1171 | 13 Likes | 111 Views | 1 times | LS: 15.5
Like it? | Support them now!

Abstrak

Inovasi SCALE HEIGHTS MEASUREMENT: ALTITUDUINO dibangunkan bagi mengatasi masalah ketidaktepatan pengukuran ketinggian secara manual, khususnya dalam Ujian SEGAK. Inovasi ini mengintegrasikan Arduino Uno, sensor ultrasonik HC-SR04 dan paparan LCD untuk menghasilkan bacaan ketinggian secara digital dan masa nyata. Pelaksanaan melibatkan 22 orang murid sekolah menengah rendah bagi menilai kebolehgunaan dan keberkesanan inovasi dalam pembelajaran. Dapatan menunjukkan 85% murid lebih berminat menggunakan alat pengukuran digital, manakala skor min keseluruhan ialah 4.73 pada tahap tinggi. Penggunaan ALTITUDUINO membantu mengurangkan ralat pengukuran, meningkatkan kefahaman konsep, motivasi dan penglibatan murid serta menyokong pembelajaran STEM secara hands-on. Inovasi ini berpotensi diaplikasikan dalam PdP Matematik, Sains dan Pendidikan Jasmani.