NUR IZZAH NADRAH BINTI MOHD ZAIDI Universiti Utara Malaysia UUM
Legends Reborn merupakan aplikasi pembelajaran sejarah interaktif yang dibangunkan untuk meningkatkan minat generasi muda terhadap tokoh-tokoh pejuang sebelum kemerdekaan Malaysia. Aplikasi ini menggabungkan reka bentuk berkonsepkan cyberpunk, gamifikasi dan teknologi digital bagi menjadikan pembelajaran sejarah lebih menarik dan berkesan. Pengguna dapat meneroka kisah tokoh seperti Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela dan Rentap dan lain-lain melalui profil interaktif, garis masa sejarah, kuiz serta kandungan multimedia. Inovasi ini dapat membantu meningkatkan pemahaman sejarah, memupuk semangat patriotisme dan menghargai perjuangan tokoh terdahulu. Legends Reborn membuktikan bahawa sejarah boleh dipelajari secara interaktif, menyeronokkan dan relevan dengan generasi digital masa kini.