ST692: DARSIFY

MUHAMMAD AFDAL BIN CHE MARZUKI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Transformasi digital dalam pendidikan telah mendorong integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), termasuk penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). DARSIFY, sebuah platform digital berasaskan web yang mengintegrasikan AI bagi membantu guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) menyediakan RPH Bahasa Arab secara automatik, sistematik dan selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dibangunkan menggunakan Model ADDIE, DARSIFY mengintegrasikan lapan modul utama merangkumi Penjana RPH KSSR Dinamik, Jam PdPc Interaktif, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Buku Teks Digital dan DSKP, Penilaian Penyelia, Profil Pendidik dan Buku Log, Pengurusan Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta Sistem Dwi-Bahasa. Penilaian dijalankan menerusi soal selidik sebelum dan selepas penggunaan aplikasi, sesi temu bual serta penilaian pakar dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah di IPG Kampus Sultan Mizan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kecekapan penyediaan RPH, dengan 96.4% responden bersetuju bahawa DARSIFY memudahkan penyediaan RPH dan menjimatkan masa, manakala 100% responden bersetuju proses perancangan, pentaksiran dan dokumentasi pengajaran menjadi lebih sistematik. Implikasi kajian ini menyokong potensi integrasi AI dalam latihan perguruan bagi mengurangkan beban dokumentasi dan memperkasa kesediaan digital bakal pendidik.

Kata kunci: kecerdasan buatan, Rancangan Pengajaran Harian, Bahasa Arab, Model ADDIE, teknologi pendidikan