SITI NAZIAH BINTI IBRAHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU
Type Your Abstract Here
Kajian tindakan yang menggunakan Model Kemmis & McTaggart (1988) ini telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa Bahasa Arab. Isu utama ialah kesukaran konsep I’rab yang bersifat abstrak. Bagi mengatasi masalah ini, intervensi inovasi I-Jari yang menggunakan formula berasaskan kod warna pada anatomi jari tangan telah dilaksanakan . Data kajian dikumpul melalui triangulasi Ujian Pra, Ujian Pos, dan borang soal selidik serta temubual. Hasil dapatan menunjukkan kaedah I-Jari amat berkesan dan mencatatkan tahap penerimaan yang sangat tinggi dan positif. Kesimpulannya, kaedah I-Jari terbukti berjaya mengubah pembelajaran Bahasa Arab yang abstrak kepada satu pengalaman kinestetik yang mudah, yakin, dan menyeronokkan.