PN799: CUISINER AVEC MADAME

Refdiron Mopilin SMK PINAWANTAI

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi "Cuisiner Avec Madame" merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) digital berasaskan aplikasi web HTML5 yang mengintegrasikan gamifikasi kulinari interaktif untuk pembelajaran Bahasa Perancis. Inovasi ini dibangunkan bagi menangani isu pendekatan hafalan tradisional yang membosankan dan kekurangan peranti sokongan. Dengan menggabungkan pemahaman kognitif (kosa kata dan tatabahasa) serta kemahiran kinestetik masa nyata seperti simulasi memasak, murid dapat menguji ketepatan refleks dan kefahaman bahasa secara serentak. Hasilnya, inovasi berkos RM0 ini berjaya meningkatkan minat, keterlibatan aktif, dan ingatan kosa kata murid melalui platform mesra peranti yang berkesan serta menyeronokkan.
Kata Kunci: Cuisiner Avec Madame, Bahasa Perancis, Gamifikasi Kulinari, Pembelajaran Kinestetik, Aplikasi Web.