ST129: Lingua Craft Edutech Puisixplore 2.0

QISTINA BALQIS BINTI DAHARI MOHD IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ICTE26 | Ace Innovator

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 6 times | LS: 6.0
Like it? | Support them now!

Lingua Craft Edutech Puisixplore 2.0 ialah laman sesawang interaktif yang dibina menggunakan Google Sites untuk membantu guru dan murid sekolah rendah mempelajari puisi tradisional Melayu dengan lebih menarik. Produk ini dibangunkan menggunakan platform Google Sites yang mengandungi pelbagai bahan menarik seperti nota pembelajaran, video interaktif dan kuiz digital. Inovasi ini turut mengintegrasikan elemen Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) bagi pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan realistik. Murid boleh menggunakan AR untuk melihat watak Mahsuri dalam bentuk 3D, mendengar puisi tradisional yang didendangkan oleh watak tersebut, menjawab kuiz serta merasai suasana kampung tradisional yang berkaitan dengan puisi melayu secara imersif. Inovasi ini dibangunkan selaras dengan DSKP Bahasa Melayu dan boleh diakses oleh guru serta murid sebagai sumber ulang kaji yang menyeronokkan dan berkesan dalam bilik darjah atau di rumah. 

 

Kata kunci: Puisi Tradisional, Google Sites, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR).