SALAHUDDIN BIN MOHD SUFIEZ SRII AL HIKMAH PUNCAK ALAM
3S SMART HOME merupakan projek inovasi rumah pintar yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan pengurusan kediaman melalui penggunaan teknologi sensor. Projek ini menggabungkan tiga sistem utama, iaitu sistem kawalan banjir, sistem ampaian automatik dan sistem lampu automatik. Sistem kawalan banjir menggunakan sensor aras air untuk mengesan peningkatan paras air dan mengaktifkan tindakan pencegahan secara automatik. Sistem ampaian pula menggunakan sensor air untuk mengesan hujan serta menggerakkan ampaian ke kawasan terlindung. Sementara itu, sistem lampu automatik menggunakan sensor cahaya untuk menghidupkan lampu apabila keadaan persekitaran menjadi gelap. Inovasi ini membantu mengurangkan risiko, menjimatkan tenaga dan memudahkan kehidupan pengguna.