ST525: I-ACT90-PF: Model Pembelajaran Aktif 90 Minit Berintegrasikan Acquire, Communicate, Test, Teknik Pomodoro Dan Feynman

Muhammad Zafri Iskandar Bin Zahril KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.2000 | 1 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 2.2
Like it? | Support them now!

i-ACT90-PF iaitu Model Pembelajaran Aktif 90 Minit berintegrasikan Acquire–Communicate–Test 90 dengan Teknik Pomodoro and Feynman merupakan satu inovasi pedagogi yang dibangunkan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran aktif melalui integrasi strategi pengurusan masa, pembelajaran kolaboratif dan pengukuhan memori. Inovasi ini berasaskan tiga fasa utama iaitu Acquire iaitu memperoleh ilmu, Communicate iaitu menyampaikan ilmu atau mengajarkan kepada orang lain dan Test untuk menguji kefahaman. i-ACT90-PF dilaksanakan dalam tempoh 90 minit secara berstruktur menggunakan Teknik Pomodoro (25 minit aktiviti dan 5 minit rehat bagi setiap fasa. Fasa Communicate mengaplikasikan Teknik Feynman yang menggalakkan pelajar menerangkan semula konsep menggunakan bahasa sendiri bagi meningkatkan kefahaman mendalam, manakala fasa Test menggunakan pendekatan Active Recall dan Retrieval Practice untuk mengukuhkan daya ingatan jangka panjang. Inovasi ini turut disokong oleh penggunaan teknologi digital seperti aplikasi nota interaktif, platform kolaboratif dan sistem penilaian dalam talian yang membolehkan pemantauan pembelajaran secara masa nyata. Keunikan i-ACT90-PF terletak pada penggabungan empat elemen utama iaitu pembelajaran aktif, pengurusan masa, pengajaran rakan sebaya dan penilaian kendiri dalam satu model pembelajaran yang sistematik dan mudah dilaksanakan. Inovasi ini berpotensi meningkatkan tahap kefahaman, penglibatan, keyakinan diri dan pencapaian akademik pelajar serta boleh diaplikasikan merentas pelbagai disiplin pengajian di institusi pendidikan tinggi.

Kata kunci: i-ACT90-PF, Teknik Pomodoro, Teknik Feynman