PR456: BEG CERDAS ABJAD

NOR MASITAH BINTI MOHAMMAD HASBI TAN KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU

ICTE26 | Professional

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Produk ini merupakan Beg Inovasi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak yang direka khas sebagai platform untuk generasi sekarang yang mengandungi aktiviti membaca dan untuk membuat latihan pengukuhan bagi melihat tahap keberkesanan penggunaan beg cerdas abjad dalam pembelajaran untuk kanak-kanak. Beg cerdas abjad merupakan salah satu inisiatif bagi pendidik dalam keperluan kanak - kanak untuk menguasai kemahiran 3M yang berfokuskan membaca, menulis dan mengenal huruf bagi meningkatkan perkembangan bahasa literasi awal kanak-kanak. Target bagi inovasi ini ialah untuk memudahkan guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang berkonsepkan digital interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru boleh menggunakan inovasi ini sebagai bahan utama dalam pengajaran untuk mengajar kanak-kanak pada umur 4 hingga 6 tahun dengan menggunakan digital menarik dan interaktif yang terkandung di dalam beg ini mampu untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Inovasi ini mengandungi beberapa elemen yang boleh digunakan antaranya ialah buku membaca, permainan video menggunakan QR imabasan, animasi video menggunakan QR imbasan, buku latihan menulis abjad dan ipad menulis untuk kemahiran menulis motor halus.