PR188: MODUL TERAPI REALITI

N.NOORKHAIRULNISSA' BINTI NIK HASSAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

Type

Ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak di rumah, dan anak-anak mempelajari pelbagai perkara sama ada baik atau buruk menerusi didikan awal yang diterima di rumah. Menurut Norhasima (2023), peranan ibu bapa adalah tunjang utama dalam pembentukan personaliti manusia termasuk awal dewasa. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat kepada empat objektif kajian iaitu mengenal pasti gaya asuhan ibu bapa mempengaruhi penghargaan kendiri remaja, mengenal pasti gaya asuhan ibu bapa mempengaruhi kemurungan remaja, mengenal pasti tahap penghargaan kendiri remaja mempengaruhi gaya asuhan ibu bapa dan mengenal pasti tahap kemurungan remaja mempengaruhi gaya asuhan ibu bapa. Kajian ini menggunakan pendekatan mix method iaitu pra campuran kualitatif dan kuantitatif. Analisis kualitatif akan di analisis menggunakan perincian N Vivo. Manakala pendekatan kuantitatif akan di analisis menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Bagi dapatan data kualitatif terdapat dua tema yang terhasil iaitu perubahan tingkah laku dan perubahan emosi dan bagi dapatan data kuatitatif pula ianya dapat di tunjukkan melalui nilai min dan sisihan piawai iaitu bagi penghargaan kendiri (pra ujian) nilai min adalah 14.0 dan sisihan piawai (pra ujian) adalah 1.67. Manakala bagi ujian pasca pula nilai min dan sishan piawai masing-masing mewakili 23.5, 4.37. Nilai min dan sisihan piawai bagi tahap kemurungan pula adalah 25.6 (ujian pra), 6.7 (ujian pra). Nilai ini kemudiannya menurun kepada 13.6 bagi ujian pasca dan 4.1 bagi nilai ujian pasca tahap kemurungan. Hasil kajian ini memberi kesan kepada responden dengan berlakunya penurunan kepada tahap kemurungan dan peningkatan kepada tahap penghargaan kendiri selepas melalui enam sesi kaunseling yang di jalankan oleh pengkaji. Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada Pusat Tabiah Nurul Iman dan Pusat Tahfiz An Nur mengenai isu kemurungan dan penghargaan kendiri ini perlu di atasi jika ianya memberi kesan langsung kepada pelajar.

Your Abstract Here!