PN252: BAKED SISSOO SPINACH CRISP

AFRINA AIRIS SHADRINA BINTI KHAIRUL AMRIN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Idea  inovasi  menghasilkan  snek  Baked  Sisso  Spinach  Crisp  ini  merupakan  satu penambahbaikkan  dari  produk  seumpamanya  seperti  baked  seaweed  crisp berasaskan  rumpai  laut  seperti  yang  terdapat  di  pasaran. Snek berasaskan  bayam Brazil ini  menggunakan kaedah bake crisp iaitu melalui peralatan ‘hot air oven’. Snek sihat ini tidak menggunakan minyak, bahan  perasa    dan  pewarna tambahan  dalam pembuatannya. Bayam Brazil  kaya  dengan  sumber  vitamin  dan  mineral  yang  memberi  manfaat  kepada kesihatan. Proses  penghasilan  snek  ini  telah  memberi  impak  kepada  fizikal  sensori  dari  segi tekstur, aroma, rasa dan warna produk.  Kajian  ini  memfokuskan terhadap golongan yang kurang gemar mengambil sayuran dalam diet harian mereka dengan menghasilkan snek sayuran  baked crisp. Hasil tinjauan kajian  yang dikumpul  melalui maklum  balas  daripada  100  responden mendapati majoriti  bersetuju  bahawa  produk  ini ranggup mempunyai rupa, bentuk dan kesesuaian rasa yang baik serta berpotensi untuk dikomersialkan  di  pasaran.  Kesimpulannya,  ia  dapat  menambah  variasi  baked crisp di pasaran dan dapat mengetengahkan bayam brazil sebagai snek sihat yang sedap.     

 

Kata kunci: bayam brazil, crisp, snek