NV301: SMART HAZARD ZONE SAFETY GATE

MUHAMMAD AZHAAN RIZQI BIN MUHAMAD HAFIZ SK Bandar

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Smart Hazard Zone Safety Gate ialah sebuah sistem pagar keselamatan pintar yang dibangunkan bagi mengawal akses ke kawasan berbahaya di sekolah secara automatik. Projek ini menggunakan Arduino Uno sebagai mikropengawal utama bersama sensor ultrasonik, sensor inframerah, servo motor, LCD Display dan buzzer. Apabila seseorang menghampiri kawasan larangan, sensor akan mengesan kehadiran individu lalu mengaktifkan buzzer sebagai amaran dan memaparkan mesej "WARNING! DANGER ZONE" pada LCD. Pagar akan kekal tertutup bagi menghalang kemasukan tanpa kebenaran. Hanya guru atau individu yang diberi kuasa boleh membuka pagar dengan menekan Butang A. Selain digunakan di kawasan berbahaya, inovasi ini juga sesuai dijadikan pagar keselamatan automatik di kawasan parkir guru.Jika parkir guru penuh, guru tidak boleh masuk ke kawasan parkir. Projek ini membantu meningkatkan keselamatan warga sekolah, mengurangkan risiko kemalangan serta menyokong pembangunan sekolah pintar.