ST694: AL-DHAMAIR XPLORE 2.0

NUR HANI NADIA BINTI MAT AKHIR Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Al-Dhamair Xplore 2.0 merupakan inovasi pendidikan yang dibangunkan untuk membantu murid Tahun 4 menguasai topik kata ganti nama dalam pembelajaran Bahasa Arab secara lebih interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini menggabungkan lima komponen utama, iaitu laman web interaktif, permainan digital, permainan papan fizikal, video lagu pembelajaran dan buku digital (e-book). Gabungan teknologi digital, bahan fizikal dan elemen gamifikasi memberi peluang kepada murid untuk belajar melalui visual, audio, permainan dan aktiviti interaktif. Inovasi ini telah diuji dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 4 dan menunjukkan respons positif melalui peningkatan minat, penglibatan dan pemahaman murid. Inovasi ini juga berpotensi digunakan sebagai bahan sokongan pembelajaran di sekolah, pusat pembelajaran dan di rumah serta dikembangkan kepada topik Bahasa Arab yang lain.