PN592: BANANA PEEL PIZZA

AHMAD HUZAIRIE BIN MOHD SHARUL HISYAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Banana Peel Pizza merupakan produk inovasi yang menggunakan kulit pisang sebagai salah 
satu bahan tambahan dalam penghasilan pizza. Kulit pisang yang biasanya dibuang sebagai sisa 
makanan diproses melalui proses pembersihan dan penyediaan yang sesuai sebelum digunakan 
dalam penghasilan produk. Penggunaan kulit pisang dapat membantu mengurangkan 
pembaziran makanan serta memberikan nilai tambah kepada sisa makanan yang masih boleh 
dimanfaatkan. Inovasi ini dihasilkan bagi menghasilkan produk pizza yang unik, berkhasiat dan 
mesra alam. Banana Peel Pizza mempunyai rasa yang menarik, tekstur yang sesuai serta boleh 
dinikmati oleh pelbagai peringkat umur. Objektif inovasi ini adalah untuk menghasilkan pizza 
menggunakan kulit pisang, mengurangkan pembaziran sisa makanan serta menilai penerimaan 
pengguna terhadap produk inovasi ini.