NV499: Nova RePaper

SHIVANYA A/P RAJENDRA RAO SJKT SUNGKAI

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini dibangunkan bagi menangani masalah peningkatan sisa pepejal di bilik darjah seperti hampas pensel, kertas terpakai dan tisu terpakai yang menjejaskan kebersihan persekitaran serta kelestarian alam sekitar. Persoalan kajian ialah sama ada bahan buangan bilik darjah dan sisa pertanian dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan kertas semula jadi yang mesra alam dan berfungsi dengan baik. Hipotesis kajian menyatakan bahawa gabungan serutan pensel terpakai, kertas terpakai, tisu terpakai, hampas tebu dan sekam padi bersama gel bendi sebagai pelekat semula jadi mampu menghasilkan kertas alternatif yang berkualiti tanpa penggunaan bahan kimia. Metodologi kajian melibatkan murid mengenal pasti masalah, mengumpul bahan buangan, menyediakan serat, mencampurkan bahan dengan gel bendi, membentuk kepingan kertas dan mengeringkannya. Keberkesanan inovasi dinilai melalui pemerhatian sistematik, ujian fizikal produk dan analisis penggunaan kertas dalam aktiviti kreatif. Hasil analisis menunjukkan bahawa kertas yang dihasilkan bersifat mesra alam, sesuai digunakan untuk menghasilkan kad ucapan, penanda buku, kertas seni dan pembungkusan hadiah. Inovasi ini turut mengurangkan sisa pepejal di sekolah, meningkatkan kesedaran terhadap amalan 3R serta memupuk kemahiran pemikiran kritis, kreativiti, penyelesaian masalah dan keusahawanan. Kesimpulannya, inovasi ini berjaya menghasilkan produk bernilai yang menyokong kelestarian alam sekitar serta berpotensi dikomersialkan dalam bidang pendidikan, kraftangan dan kegunaan harian.

Kata Kunci: Kertas semula jadi, inovasi hijau, sisa bilik darjah, gel bendi, kelestarian alam sekitar, amalan 3R.