NV626: DARAB PERPULUHAN

NUR QASRINA RASYIQAH BINTI MOHAMAD AZHAR SK ST. ANNE'S CONVENT

Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan kemahiran darab perpuluhan secara mudah, menyeronokkan dan bermakna. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan, kuiz pengukuhan, Tutor AI, muzik instrumen serta rekod prestasi dan analisis. Inovasi ini membantu murid memahami konsep darab perpuluhan dengan lebih jelas, meningkatkan minat, keyakinan dan motivasi belajar, serta menjadikan pembelajaran lebih aktif dan berkesan. Pada masa yang sama, platform ini memudahkan guru melaksanakan pengajaran interaktif, berpotensi dikembangkan kepada topik lain dan mempunyai nilai komersial. Inovasi ini turut menyokong SDG 4, SDG 9 dan SDG 10.