ST633: SirahVerse AR

WAN NUR DALILY BINTI WAN AHMAD ASHADI IPG-Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

SirahVerse AR merupakan inovasi literasi Sirah Nabi SAW yang dibangunkan bagi merapatkan jurang antara mengetahui dan menghayati Sirah melalui pengalaman pembelajaran yang lebih visual, interaktif dan bermakna. Inovasi ini membantu pengguna membayangkan gambaran perjalanan Sirah Rasulullah SAW melalui integrasi Augmented Reality, animasi, buku interaktif, e-book dan kuiz digital. Keunikan SirahVerse AR turut terserlah melalui kolaborasi antara bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu yang mengintegrasikan penguasaan ilmu Sirah dengan kemahiran membaca dan mendengar. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran Sirah lebih menarik, mudah difahami dan berpotensi meningkatkan penghayatan pengguna terhadap peristiwa serta nilai yang terkandung dalam Sirah Nabi SAW.