NUR IMAN ALEESYA BINTI JOHARI MRSM JOHOR BAHRU
Produk Flower Makeup Pouch ini dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna untuk membuka dan menutup beg pada bila-bila masa . Pengguna beg solek biasa, didapati menghadapi kesukaran untuk membuka dan menutup beg dengan mudah oleh kerana zip beg solek yang mudah rosak. Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk fesyen dan teknologi pembuatan telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Flower Makeup Pouch. Reka bentuk ini membolehkan pengguna untuk membuka dan menutup beg dengan mudah kerana adanya butang yang diperbuat dari epoxy resin dan epoxy hardener. Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga mendapat maklumbalas yang positif dari pengguna yang telah menguji produk ini. Selain daripada itu, cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti produk Flower Makeup Pouch yang akan dihasilkan pada masa hadapan telah dimuatkan dalam laporan bertulis.