ST835: REMBAYUNG JAWI PRO

NUR AMIRA NAJIHAH BINTI SAIFUL AZLAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.0588 | 1 Likes | 17 Views | 6 times | LS: 7.1
Like it? | Support them now!

Inovasi Rembayung Jawi Pro dibangunkan bagi menangani isu keterhadapan kit fizikal yang kurang praktikal untuk dibawa serta terhad penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah sahaja. Bagi memastikan murid Tahun 1 memperoleh pembelajaran hands-on dan interaktif secara berterusan, inovasi hibrid berasaskan Model ADDIE ini dibangunkan dengan menggabungkan dua komponen utama, iaitu Rembayung Jawi Fizikal dan Portal Rembayung Jawi. Kit fizikal berfungsi membangunkan konsep asas suku kata terbuka menerusi aktiviti gamifikasi bahan konkrit, manakala platform digital menyediakan ruang latihan kendiri yang dilengkapi dengan modul kecerdasan buatan (Ustazah AI dan Pentaksiran AI), interaktif Sandbox Jawi, serta portal pantauan ibu bapa. Pelaksanaan inovasi di Sekolah Kebangsaan Keluang yang melibatkan 33 orang murid Tahun 1 menerusi kaedah penggiliran stesen (station rotation) menunjukkan impak yang positif dari segi penglibatan aktif murid, peningkatan motivasi, dan kemudahan pentaksiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara automatik oleh guru. Secara keseluruhannya, Rembayung Jawi berjaya mewujudkan ekosistem pembelajaran Jawi yang fleksibel, interaktif, berpusatkan murid, serta berpotensi dikembangkan ke peringkat pasaran yang lebih luas.

Kata kunci: Rembayung Jawi, Ekosistem Pembelajaran Hibrid, Suku Kata Terbuka, Gamifikasi, Kecerdasan Buatan (AI).