ANEESA SHAKIRA BINTI SUHAIZAM SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan bahan pembelajaran digital Matematik Tahun 5 yang dibangunkan bagi membantu murid menguasai konsep luas secara interaktif, menyeronokkan dan bermakna. Inovasi mengintegrasikan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan Congkak Luas, kuiz pengukuhan, Tutor AI, muzik instrumen dan rekod prestasi dalam satu platform. Murid dapat meneroka konsep luas, membuat simulasi, bermain sambil belajar, menjawab soalan serta menerima bimbingan secara kendiri. Inovasi ini berpotensi meningkatkan pemahaman, motivasi, keyakinan dan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik, di samping membantu guru melaksanakan PdP yang kreatif, fleksibel dan berkesan.