Inovasi French Quest Food dibangunkan bagi mengatasi isu kurang pendedahan terhadap makanan tradisional Perancis serta kesukaran murid mengingati kosa kata akibat kebergantungan kepada kaedah pembelajaran berasaskan teori semata-mata. Inovasi ini merupakan kuiz digital interaktif trilingual yang menggabungkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Perancis menerusi penggunaan gambar, soalan, serta animasi yang menarik. Sasaran utamanya ialah murid sekolah menengah yang mempelajari Bahasa Perancis. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan budaya kulinari Perancis dan memperkaya kosa kata murid. Berkos rendah serta pantas dimainkan, kaedah pembelajaran berasaskan permainan ini berjaya meningkatkan kefahaman, daya ingatan, dan keterlibatan aktif murid secara berkesan serta menyeronokkan.
Kata Kunci: French Quest Food, Kuiz Interaktif, Makanan Perancis, Kosa Kata, Pembelajaran Permainan.