NUR BALQIS DARWISYAH BINTI AMJU SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH
Sistem pendidikan alaf ke-21 menuntut murid bukan sahaja untuk menghafal, malah menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan cekap. Walau bagaimanapun, murid yang dikategorikan sebagai 'murid pandai' atau berpencapaian tinggi sering kali menghadapi cabaran tersendiri, seperti ketiadaan strategi pembelajaran yang tersusun, isu pengurusan masa, dan kelesuan akademik (burnout) akibat kaedah belajar yang tidak efektif. Menyedari hakikat ini, projek inovasi M.A.P.S dibangunkan sebagai satu kit/sistem pembelajaran strategik yang direka khas untuk membantu murid pintar mengoptimumkan potensi kognitif mereka.