NV497: BINTANG+: SISTEM DIGITAL PEMANTAUAN DAN INTERVENSI TINGKAH LAKU MURID

JADZLIY PANG BIN MUHAMMAD AIMAN PANG SJKC WOON HWA

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0667 | 1 Likes | 15 Views | 2 times | LS: 3.1
Like it? | Support them now!

BINTANG+ (Bina Insan, Nilai Tingkah Laku dan Amalan Gemilang) merupakan satu inovasi digital yang dibangunkan untuk memudahkan pemantauan, perekodan dan pengurusan tingkah laku murid secara lebih sistematik dan bersasar. Inovasi ini tercetus daripada isu perekodan tingkah laku yang masih dilakukan secara manual, menyebabkan data sukar dikumpul, dianalisis dan digunakan secara optimum bagi menentukan intervensi yang sesuai. BINTANG+ mengintegrasikan penggunaan Kod QR atau Student ID, perekodan tingkah laku, analisis data dan paparan dashboard dalam satu aliran kerja digital. Melalui sistem ini, guru dan Guru Muda dapat merekod tingkah laku dengan lebih mudah, manakala data yang dikumpulkan dapat membantu mengenal pasti pola dan keperluan murid serta menyokong perancangan intervensi yang bersesuaian. Inovasi ini turut memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif sebagai Guru Muda, sekali gus membina kemahiran kepimpinan, tanggungjawab dan empati. BINTANG+ berpotensi diperluaskan daripada penggunaan di peringkat kelas kepada peringkat sekolah dan seterusnya diadaptasi dalam konteks pendidikan yang lebih luas.