NV634: KOORDINAT

YUSRINA RIN NOHARA BT MOHD RIDZUAN SK ST. ANNE'S CONVENT

Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan konsep koordinat melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan tradisional, kuiz pengukuhan, Tutor AI, gamifikasi, rekod prestasi dan keputusan dalam format PDF. Inovasi ini membantu murid memahami konsep koordinat dengan lebih mudah, meningkatkan penglibatan, motivasi, keyakinan dan prestasi pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran kendiri. Pada masa yang sama, guru dapat membimbing dan memantau perkembangan murid dengan lebih berkesan. Produk ini berpotensi dikomersialkan, dikembangkan kepada topik Matematik lain dan menyokong SDG 4, SDG 9, SDG 10 dan SDG 17.