PUTERI ALYA DIYANA BINTI MOHD ARIF MRSM JOHOR BAHRU
Produk Mirliya (Mirror Ili Alya) ini dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan para wanita untuk melihat cermin dengan bantuan lampu LED di keliling bingkai cermin. Pengguna cermin bekas alat solek mendapati menghadapi kesukaran untuk melihat cermin pada waktu malam atau gelap kerana tiada cahaya untuk pantulkan pencahayaan daripada cermin. Melalui proses penyelesaian masalah secara inovatif, reka bentuk elektrik dan reka bentuk pembuatan telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Mirliya (Mirror Ili Alya). Reka bentuk ini membolehkan produk ini memudahkan para wanita yang bekerja dan sekolah untuk bersiap dengan lebih cepat dan tidak lambat untuk pergi ke sesuatu tempat. Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini. Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti produk Mirliya (Mirror Ili Alya) yang akan dihasilkan pada masa hadapan.