RAISHVARYA A/P THANGARAJ SK TAMAN TASIK
Inovasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah bacaan 20 orang murid Tahun 6 sehingga mencapai pengiktirafan 5 Bintang NILAM melalui inovasi QR Kod Video Resensi Buku. Kajian ini bertujuan meningkatkan jumlah bacaan, motivasi dan penglibatan murid dalam aktiviti NILAM. Metodologi kajian melibatkan analisis rekod bacaan AINS, pemerhatian dan maklum balas murid sebelum serta selepas intervensi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan 92% jumlah bacaan murid, hasil pemerhatian menunjukkan murid lebih suka membaca buku dan 93% sangat bersetuju dengan intervensi yang dijalankan dapat meningkatkan pengisian AINS NILAM serta sekali gus membantu murid mencapai sasaran 5 Bintang NILAM. Kesimpulannya, QR Kod Video Resensi Buku merupakan inovasi digital yang praktikal, interaktif dan mesra pengguna dalam memperkasa pembudayaan membaca serta berpotensi diaplikasikan secara meluas di sekolah-sekolah khususnya bagi memperkasa program galakan membaca dan NILAM.
kata kunci: QR kod, video, AINS, NILAM, membaca