DR. RADHIAH ISMAIL UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
VIVA (Vibrant & Interactive Visual Approach): Pembelajaran Imersif Bahasa Sepanyol, Meneroka Bahasa dan Budaya Sepanyol Melalui Pameran Interaktif merupakan inovasi pembelajaran yang mengintegrasikan bahasa, budaya, elemen visual dan interaksi autentik melalui pelaksanaan pameran interaktif dalam pembelajaran Bahasa Sepanyol. Inovasi ini dibangunkan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih aktif dan kontekstual dengan mengalihkan pembelajaran daripada ruang kelas konvensional kepada persekitaran imersif yang membolehkan pelajar meneroka, menghasilkan, mempamerkan dan berkongsi pengetahuan berkaitan bahasa dan budaya Sepanyol. Melalui VIVA, pelajar terlibat secara aktif dalam penyediaan bahan pameran, penghasilan kandungan visual, penerokaan elemen bahasa dan budaya serta interaksi dengan pengunjung sepanjang pameran.