PN555: JPSHAS AKUALESTARI

ARYAN FIRDAUS ABD AZAM BIN ABDULLAH SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.2742 | 17 Likes | 62 Views | 2 times | LS: 23.7
Like it? | Support them now!

JPSHAS AKUALESTARI merupakan satu inovasi berkonsepkan aquaponik yang menggabungkan sistem penapisan air, ternakan ikan dan penanaman sayuran dalam satu sistem kitar semula air. Inovasi ini dibangunkan bagi memanfaatkan air secara lebih berkesan serta mengurangkan pembaziran air dan pencemaran alam sekitar. Sistem ini menggunakan bahan yang mudah diperoleh seperti botol plastik, batu kerikil, batu sungai, pasir sungai, arang dan kapas sebagai medium penapisan berlapis.

Dalam sistem ini, pam air mini menyedut air dari bekas penampung dan mengalirkannya melalui sistem penapisan berlapis. Air yang telah ditapis kemudiannya dialirkan ke bahagian penanaman sayuran sebelum kembali semula ke dalam bekas penampung. Sisa daripada ikan pula dimanfaatkan sebagai sumber nutrien kepada tanaman, manakala tanaman membantu dalam kitaran semula air.

JPSHAS AKUALESTARI mempunyai kelebihan dari segi penggunaan bahan semula jadi dan bahan terpakai, kos yang rendah serta reka bentuk yang mudah dibina dan dikendalikan. Inovasi ini sesuai diaplikasikan di rumah, sekolah dan komuniti sebagai satu pendekatan mudah untuk menggalakkan penggunaan air secara lestari serta mengintegrasikan ternakan ikan dan penanaman sayuran dalam satu sistem.e!