ST124: Warisan Malaysia Quest (Inovasi Pembelajaran Interaktif Silibus Sejarah Tingkatan 1 Dan Tingkatan 2)

Siti Nurhayani Binti Ahmad Taridi Univesiti Utara Malaysia

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.0500 | 1 Likes | 20 Views | 3 times | LS: 4.1
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini dibangunkan bagi meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini menggunakan konsep permainan berasaskan dadu yang mengandungi fakta fakta sejarah berpandukan silibus buku teks KSSM Tingkatan 1 dan 2. Pelajar akan belajar sambil bermain melalui aktiviti interaktif yang menguji kefahaman, ingatan fakta sejarah serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Selain menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, inovasi ini juga membantu mengurangkan persepsi bahawa subjek Sejarah hanya berasaskan hafalan semata-mata. Projek ini sesuai digunakan oleh pelajar dan guru sebagai bahan bantu mengajar yang efektif, fleksibel dan mesra pengguna di dalam atau luar bilik darjah.