NV652: PENGESAN KASUT PINTAR SHOEFIND

ABBAS BIN NIZAR AMSYAR SRII AL HIKMAH PUNCAK ALAM

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek ShoeFind merupakan sistem pengesan kasut pintar yang dibangunkan untuk membantu pengguna mengesan lokasi kasut yang disimpan di rak kasut di masjid, sekolah dan kawasan awam. Sistem ini menggunakan klip pemancar kecil yang dilekatkan pada kasut dan alat penerima untuk mengesan kedudukan kasut berasaskan konsep teknologi key finder. Apabila pengesan diaktifkan, sistem akan menghasilkan bunyi dan petunjuk isyarat bagi memudahkan pengguna mencari kasut dengan cepat dan tepat. ShoeFind membantu mengurangkan masalah kehilangan, pertukaran dan kekeliruan kasut terutama di kawasan sesak seperti masjid dan pusat ibadah. Projek ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai teknologi pintar mesra pengguna.