PR524: SisJuri360

HAMIDAH BINTI MAT Institut Aminuddin Baki

ICTE26 | Professional

CR: 0.1031 | 10 Likes | 97 Views | 12 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

SisJuri360 ialah sebuah platform digital bersepadu yang dibangunkan bagi mengurus keseluruhan proses penjurian dengan lebih cekap, telus dan profesional. Sistem ini menggantikan kaedah penjurian secara manual yang lazimnya mengambil masa, terdedah kepada kesilapan serta menyukarkan proses penyelarasan dan analisis data.

Platform ini membolehkan pihak penganjur mengurus penyertaan secara sistematik, manakala panel juri dapat melaksanakan penilaian menggunakan rubrik digital yang disediakan. Markah penilaian direkod dan dikira secara automatik, seterusnya membolehkan keputusan dianalisis melalui paparan interaktif serta dieksport dalam format laporan yang standard, teratur dan berkualiti.

Dengan antara muka yang mesra pengguna serta capaian berasaskan web, SisJuri360 sesuai digunakan bagi pelbagai bentuk penjurian seperti pertandingan, inovasi, karnival, hackathon dan program organisasi. Platform ini menyokong pelaksanaan penjurian secara dalam talian, bersemuka mahupun hibrid, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan, ketepatan penilaian dan kebolehpercayaan proses penjurian.