PN915: Cc Dusbin

NUR ALYA BATRISYIA BINTI MOHD ROSLI SMK TAMAN DESA JAYA

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

CC Dusbin (Clever Choice Dusbin) merupakan produk inovasi tong sampah pintar yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula, terutamanya kotak kadbod terpakai. Inovasi ini menggabungkan konsep kelestarian alam sekitar dengan menggunakan sistem audio dan sensor ultrasonik bagi membantu menggalakkan amalan pembuangan sampah yang betul. Sistem ini direka untuk mengesan kehadiran objek basah atau pepejal ketika pengguna membuang sampah. Penghasilan produk cc Dusbin bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan bahan baharu tetapi dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar. Produk ini mengaplikasikan  elemen STEM dalam penghasilan tong sampah yang kreatif. Inovasi ini sesuai digunakan di sekolah dan menjadi satu pendekatan untuk membentuk budaya pengurusan sampah dengan betul.