MUHAMMAD AMINUDDIN BIN MOHD FAIRUZ MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG KAMPUS KUALA LIPIS
Mesin Kad Sains (MEKAS) merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan bagi meningkatkan penglibatan, minat dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains. Inovasi ini menggabungkan konsep permainan dengan penggunaan kad pembelajaran yang mengandungi soalan, fakta, istilah dan aktiviti berkaitan topik Sains. Mesin ini direka bentuk untuk menghasilkan elemen kejutan dan keseronokan semasa proses pembelajaran, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid. Murid perlu mengambil kad imbas daripada mesin ini yang mengandungi kata kunci atau istilah - istilah Sains yang dapat membantu dalam penguasaan topik. Kaedah ini dapat menggalakkan komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Selain itu, guru dapat menggunakan Mesin Kad Sains sebagai bahan bantu mengajar, aktiviti pengukuhan, pentaksiran formatif atau aktiviti ulang kaji. Penggunaan inovasi ini diharapkan dapat membantu murid memahami konsep Sains dengan lebih mudah serta meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.