DR SITI NOOR AZILAH MOHD NAWI KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH
ABSTRAK
SMART MPU merupakan inovasi platform pembelajaran digital yang dibangunkan bagi mentransformasikan pengajaran dan pembelajaran kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dan gamifikasi. Inovasi ini diwujudkan bagi mengatasi isu pembelajaran pasif, penglibatan pelajar yang rendah serta penyampaian bahan pembelajaran yang kurang sistematik. Platform SMART MPU dibangunkan menggunakan Google Site yang menghimpunkan nota pembelajaran, video, kuiz interaktif, permainan digital, latihan pengukuhan dan pelbagai sumber pembelajaran dalam satu platform yang mudah diakses pada bila-bila masa. Sesi bersemuka dimanfaatkan untuk aktiviti kolaboratif, perbincangan, penyelesaian masalah dan pengukuhan melalui aplikasi gamifikasi. Pendekatan ini berjaya meningkatkan motivasi, minat, penglibatan aktif dan pengalaman pembelajaran pelajar, di samping menggalakkan pembangunan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan literasi digital. SMART MPU turut menyokong pelaksanaan pendidikan fleksibel serta integrasi pendidikan sains sosial dengan pendekatan TVET. Dari aspek kebolehgunaan, platform ini mempunyai reka bentuk yang mesra pengguna, kos pembangunan yang rendah, mudah diselenggara dan boleh disesuaikan mengikut keperluan institusi. Selain itu, SMART MPU mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi untuk digunakan oleh institusi pengajian tinggi, agensi latihan, kementerian serta organisasi pembangunan profesional sebagai penyelesaian pembelajaran digital yang inovatif dan mampan bagi memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.
Kata Kunci: SMART MPU; inovasi pendidkan; pembelajaran digital; gamifikasi, pendidikan tinggi.